Blogger Backgrounds

Click here for Myspace Layouts

Wednesday, May 30, 2012

menjadi fesi

assalamualaikum. lama x update blog . alhamdulillah internat dah elok pon . sebelum nie internet rosak tapi dah okey . sekarang waktu cuti boleh la rehat jap, lagi pon baru habis dari periksa penggal. alhamdulillah periksa kali mira bleh wat dengan baik walaupun agak sibuk dan mira ada dapat beberapa result. semua result baik 2 belaka yang paling memranjatkan add math . ingatkan dah failed tapi alhamdulillah dapat B. terima kasih Allah. tapi yang selalu dapat A dapat C sedih betul. periksa Qawaid kali nie teruk. banyak masuk soalan i'rab part nie yang x reti nie.alamk dah melalut la plak. nie mira nak ceta pengalamn first time jadi fesi.

start hari khamis hingga sabtu  hari tu mira p jadi fesi kat satu skolah rendah nie. memang mencabar memandangkan adk2 kat situ agak hiper. yang jadi fesi waktu tu mira dan 6 lagi kawan 2 mira yang form 4 . kami jadi fesi untuk adik 2 perempuan  . adik2 lelaki fesi form 6. mmmmm. memang mancabar sepanjang kat sana. kat sana kami dilayan dengan baik. nak jadi rezeki kami jumpa mak cik kantin asrama kat sana. seronok betul jumpa dia. yang paling x tahan , mira x sedar pon yang dia dah pindah maklumlah jarang turun makan . he he.

adik2 kumpulan mira seramai 11 org. sebelas kepala sebelas perangai, sorang suka gaduh, sorang suka main , sorang suka nyanyi macam2. tapi walaupun padaawalnya pening melayan kerenah depa tapi waktu nak berpisah sedih gila. waktu majlis penutup wakil pelajar bagi ucapan .  terharu gila mira dengar ucapan tu , hampir menangis mira. tapi tahan ja la.

kat san peristiwa yang paling ekstream bagi mira bila ada gangguan tuuu pada malam kedua. heh seram.
kalau kat asrama mira tak ambik peduli sangat just tolong gitu2 je tapi kat san amira siap kena pegang lagi  . nie la pengalaman yang paling x leh dilupakan.malam tu tidoq peluk kawan ja.

ok sampai sini saja entry mira . sampai ketemu lagi . wassalam.

sesi ice breaking bersama adik2

Friday, March 30, 2012

sambutan maulidur rasul

assalamualikum . lama tak update blog. ok untuk entry kali ni mira nak ceta pasal sambutan maulidur rasul kat skolah mira. walaupun agak lama berlalu mira tetap akan ceritakan.  kita perlu sentiasa mengingati baginda S.A.W pada setiap masa bukan sahaja pada maulidur rasul sahaja.

ok pada hari sambutan maulidur rasul kat sekolah mira , ada diadakan ceramah maulidur rasul.pada sesi malam Ustaz Zainol Asri dijemput untuk memberi ceramah .beliau  mai dengan seorang tetamu jemputan yang bernama Habib....... ( x ingat nama) yang berasal dari Yaman(seorang ulama).

banyak perkara yang mira dapat dan sempat mira catit. antaranya:-
  • ada org mimpi jumpa Abu Lahab yg disiksa tapi diringankan seksaannya pada hari isnin kerana dia amat gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dia gembira sampai memerdekakan Suwaibah dan menumbangkan 100 ekor unta.
  • nabi Adam pernah minta ampun kpd Allah dgn nama Nabi Muhammad S.A.W , dia tahu akan barakah nabi , walupun nabi belum dilahirkan.
  • ada org tanya nabi , nabi jadi nabi sejak bila :  baginda telah jadi nabi sebelum nabi Adam masih ada diantara air dan tanah.
  • nabi amat menyayangi cucunya Hassan dan Hussein , sampaikan bila nampak depa ketika di mimbar, baginda akan turun memeluk mereka.
  • sesiapa yang menziarahi baginda selepas baginda wafat, seolah-olah menziarahi baginda ketika baginda hidup.
  • di Raudhah bagaikan di syurga. Allah angkat darjatnya dan merupakan taman daripada taman syurga                                                            
pada sesi pagi pulak ada ceramah jugak. tetamu jemputan ialah Tuan Guru Hj. Zulkifli bin Suhaimi(pengetua maahad Ashatiri). beliau ada menceritakan kelahiran nabi Muhammad . sebelum beliau bagi ucapan, pengetua ada beri ucapan jugak , dan beliau ada habaq pasal sifat nabi. antaranya ialah:-
  • Nabi tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah
  • kulit muka nabi putih kemerahan
  • rambut nabi tak kerinting tak lurus
  • nabi jaln tunduk.
ceramah berjalan dengan lancar pada majlis sambutan Maulidur Rasul dan banyak qasidah dilaungkan.
dan bagi mira sambutam maulidur rasul kat skolah mira nie bagi sinar baru kepada pelajar maahad mira sebab selepas majlis ni,  qasidah dilaungkan dimana2 majlis malahan dalam kelas pon ada.

ok sampai situ sahaja. jika ada tersalh info pasal apa2 lebih2 lagi pasal  nabi, tolong komen untuk mira perbetulkan. marilah kita sentiasa berselawat kepada baginda.assalamualsikum.

Monday, March 12, 2012

kem qiyadah kepimpinan asputri

assalamualikum. ya allah lama tak update blog . sori le x sempat. ni baru balik dari kem nie. hari sabtu ari tu lagi. nie dah qada makan , tidoq , mandi skali. mira pi kem kepimpinan ajk asrama. memang ada dalam takwim asrama setiap tahun. mula 2 takut jugak la tapi bila dah abis rasa macam nak  pi lagi pon ada.

yang jadi urusetia dan fesi2 kem nie ex-maahad sendiri. tapi ada jugak yang bukan dari maahad. ada sorang kak tu dari sekolah menengah besa yang orang anggap sosial , dia jadi fesi. dia pakai tudung labuh lagi siap pakai purdah.subahanallah lebih baik dari budak skolah agama.  pesanan untuk pelajar sekolah agama : jangan kita menilai seseorang dari luar, tapi nilailah hatinya. walaupun dia dari sekolah biasa ,x semestinya dia sosial.kem nie wat kat "PENDANG LAKE RESORT"

kem nie best sangat. memang best dari kem2 yang lain. mungkin sebab ex-maahad sendiri yang jadi fesi. banyak pengalaman dan ilmu yang mira dapat untuk menjadi seorang pemimpin. dan perkara yang berada diluar jangkaan semua peserta kem ialah "BARANG AMANAH". sebelum nie barang amanah untuk apa2 aktiviti atau program ialah benda2 yang tak hidup seperti kapur ,  polesterin , daun  , tisu dan macam 2 lagi. tapi unyuk kem qiyadah ni ialah ANAK AYAM!!!


setiap kumpulan dapat seekor siap dengan dedak siap. kami kena bagi dia makan , minum dan kena buat rumah untuk dia dengan newspaper. memang mencabar. dengan status anak ayam kampung , memang lincah gila. berak sana, berak sini. mmmm. mira yang x pernah pegang ayam nie pon tiba 2 pegang macam anak ayam tu anak kucing ja. tapi di pertengahan program , kumpulan mira kena denda dengan  di tambah seekor lagi anak ayam. bertambah lagi satu amanah.

tapi diakhir program semua orang sedih sebab nak berpisah. kak2 fesi bagi taujihad kat kami semua. memang satu kenangan yang tak dapat dilupakan. mira harap nanti dapat jumpa depa lagi.ok lah sampai sini ja. adik dah melalak dah nie nak main game. ok .wassalam.

Sunday, January 22, 2012

perusahaan ais krim seri juluk


mmmm nak tau dak kenapa entry mira tajuk nie. sebabnya my family buat bisnes jual ais krim malaysia yang ditukar kepada ais krim seri juluk. pada mulanya saja ja buat ais krim nie. mama mira wat banyak2 sebab adik mira suka p kedai beli ais krim 'pop'

disebabkan ais krim pop 2 x bapa elok untuk dimakan mama pon buat la ais krim malaysia 2. tapi sejak mira balik hari tu mama buat banyak sampai kena letak dalam  peti ais yg khas untuk ais ( memang dah ada, resort punya). perusahaan ni bermula sejak 3 hari lalu bila ada kawan adik mira mintak nak beli. mmm sejak tu la tertubuhnya perusahaan ais krim seri juluk.

mmm boleh kata setiap hari ada budak2 mai beli. budak2 besar mai beli jugak. sampai kna buat banyak kali sebab dah nak habis. petang 2 budak2 yang main bola dekat padang resort mira mai beli.mmmm laku jugak. paling femes ais krim bandung. mak mira cakap" aik nak bandung ja, surabaya x mau ka" sehingga la hari nie ada orang beli. tadi adik mira pi jual dekat resort sebab ada sekolah masuk kem ayah mira hari nie. beli punya beli tengok2 dah tinggal 1/3 ja ais krim dalam peti ais 2


tadi mak mira buat len . he he mira tolong la sikit. sikit je bab banyak keja kolah x siap lagi. biologi la , mat tam la , mutholaah la, sejarah. ya Allah banyak nya. doakan mira sempat buat semua sebelum esok. esok nak balik ostel dah.



mmm k lah nak pi wat keja kolah nie. mira saja wat banyak2 entry. nanti bila dah masuk tengah bulan x sempat dah. k . assalamualikum